Monday, 8 June 2015

Tahukah anda terdapat gunung berapi di Sabah?

Nama gunung tersebut adalah Gunung Maria dan terletak di Bombalai daerahTawau, Sabah. Ia adalah daripada jenis gunung berapi Pyroclastic Cone dan berstatus PreHolecene iaitu gunung berapi yang berusia lebih daripada 12 000 tahun ke atas.


 Ketinggian Gunung Mari adalah  1067 meter dari paras laut.


Ini bukti Gunung Maria merupakan gunung berapi. Ini adalah batu volkanik yang ditemui di Sungai Balung, Tawau berdekatan dengan kawasan Gunung Maria.


Bongkah-bongkah batuan volkanik atau 'columnar-basalt' berbentuk sama ada segi lima atau segi enam itu mempunyai saiz yang hampir sama dan sekata.
Ianya terhasil secara semulajadi. Cantik kan?


Batu basalt ni terbentuk selepas letupan volkanik Gunung Maria. Ianya tidak ditemui di mana-mana kawasan di Malaysia.

Bongkah batu berkenaan terbentuk hasil penyejukan magma dari perut bumi ketika muncul di permukaan bumi.



p/s: Salam takziah kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Sabah tempoh hari.


Tuesday, 2 June 2015

Pengangkutan Awam Terbaru di Lembah Klang: Sunway Bus Rapid Transit (BRT)


Semalam, 1 Jun 2015, Datuk Seri Najib telah melancarkan perkhidmatan Sunway BRT. Ia merangkumi kawasan Subang Jaya dan Bandar Sunway.


Ia akan mempunyai 7 stesen iaitu:
  1. Setia Jaya
  2. Mentari
  3. Sunway Lagoon
  4. Sunway Medical Centre
  5. Sunway University-Monash University
  6. South Quay
  7. USJ 7

Bas elektrik untuk BRT.

Token yang digunakan


Jom tengok gambar-gambar Sunway BRT.

Kaunter tiket

Laluan BRT. Macam jalan biasa je cuma laluan ni khas untuk BRT. Kenderaan lain tak boleh digunakan laluan ni.

Entry gate


Stesen Sunway Lagoon






Ruang dalam bas


Untuk tempoh 2 bulan bermula hari ni, perkhidmatan adalah PERCUMA.





Friday, 29 May 2015

Siapa nak makan satay percuma esok?


 Siapa suka makan satay?

Jom pergi Karnival 1001 rasa Sate Kajang pada 30 Mei 2015 (Sabtu) di Stadium Kajang.

Ada acara membakar sate terpanjang di Malaysia


Sedapnye satay! Nyum...nyum...

Jualan Murah Adidas @ Viva Expo Hall dari 28-31 Mei 2015


Berita baik untuk penggemar barangan sukan Adidas!!!

Jualan murah barangan keluaran Adidas di Viva Expo Hall, Cheras.

Sebelum masuk kene beratur dulu ye..


Jom tengok harga bagi barang-barang yang ditawarkan. Murah tak?



Wahhh...banyaknya stok barang. Apa lagi jom ke serbu...

JOHOR: Satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai bendera daerah


Pernah tengok bendera-bendera kat atas ni?

Ianya mula diperkenalkan secara rasmi pada 3 Mac 2015.

Johor mempunyai 10 daerah pentadbiran iaitu:

  • Johor Bahru
  • Muar
  • Segamat
  • Pontian
  • Ledang
  • Kulaijaya
  • Kota Tinggi
  • Kluang
  • Mersing
  • Batu Pahat



Ini merupakan bendera daerah Muar. Kalau balik Muar selalu nampak bendera ni di gantung di kedai-kedai. Mula-mula dulu pelik jugak tengok bendera ni. Rupa-rupanya bendera daerah Muar.





Wednesday, 27 May 2015

Revolusi Internet TV di Malaysia: iFlix - Hanya RM8/sebulan


Pernah dengar pasal perkhidmatan Netflix yang berasal dari USA?
Jika dulu, ramai yang melanggan perkhidmatan Internet TV yang bersasal dari USA ni, tapi sekarang dah ada iFlix yang diasaskan di Malaysia.

iFlix Malaysia diketuai oleh CEO Azran Osman Rani, bekas CEO Air Asia X.


Buat permulaan iFlix mempunyai 10, 000 jam kandungan penyiaran terdiri dari drama dan filem-filem dari Hollywood dan Asia.

Penyedia kandungan siaran iFlix terdiri daripada BCC Worldwide (BBC), Warner Bros. International (WB) and Twentieth Century Fox (FOX) Fox.



Buat permulaan iFlix menawarkan bayaran hanya serendah RM8/sebulan.

Saya dah cuba dan apa yang menarik anda tak perlu ada interner kelajuan tinggi untuk stream video tersebut. Guna 3G pun dah ok. Tiada lagging dan apa yang menarik kualiti video akan berubah dari low resolution kepada high resolution sehingga 1080p HD kualiti bergantung  kepada kualiti kelajuan internet.

So, apa tunggu lagi? Jom try perkhidmatan iFlix ni sementara dalam tempoh percubaan.

Maklumat lanjut boleh rujuk iFlix Malaysia


Tuesday, 26 May 2015

Hotel Terbesar Di Dunia akan dibuka di Mekah pada tahun 2017



  • Dinamakan The Abraj Kudai
  • Kos pembinaan USD 3.6 billion
  • 10 000 bilik hotel
  • 70 restoran
  • 4 helipad
  • Mempunyai kemudahan stesen bas, pusat membeli belah
  • Direka oleh Dar al-Handasah Group
  • Dibiayai oleh Kementerian Kewangan Arab Saudi

Apa la nak jadi dengan Mekah ni. Dah jadi macam tempat bermewah-mewah pulak...
Sumber: The Guardian