Monday, 8 June 2015

Tahukah anda terdapat gunung berapi di Sabah?

Nama gunung tersebut adalah Gunung Maria dan terletak di Bombalai daerahTawau, Sabah. Ia adalah daripada jenis gunung berapi Pyroclastic Cone dan berstatus PreHolecene iaitu gunung berapi yang berusia lebih daripada 12 000 tahun ke atas.


 Ketinggian Gunung Mari adalah  1067 meter dari paras laut.


Ini bukti Gunung Maria merupakan gunung berapi. Ini adalah batu volkanik yang ditemui di Sungai Balung, Tawau berdekatan dengan kawasan Gunung Maria.


Bongkah-bongkah batuan volkanik atau 'columnar-basalt' berbentuk sama ada segi lima atau segi enam itu mempunyai saiz yang hampir sama dan sekata.
Ianya terhasil secara semulajadi. Cantik kan?


Batu basalt ni terbentuk selepas letupan volkanik Gunung Maria. Ianya tidak ditemui di mana-mana kawasan di Malaysia.

Bongkah batu berkenaan terbentuk hasil penyejukan magma dari perut bumi ketika muncul di permukaan bumi.



p/s: Salam takziah kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Sabah tempoh hari.


No comments:

Post a Comment