Friday, 29 May 2015

Siapa nak makan satay percuma esok?


 Siapa suka makan satay?

Jom pergi Karnival 1001 rasa Sate Kajang pada 30 Mei 2015 (Sabtu) di Stadium Kajang.

Ada acara membakar sate terpanjang di Malaysia


Sedapnye satay! Nyum...nyum...

Jualan Murah Adidas @ Viva Expo Hall dari 28-31 Mei 2015


Berita baik untuk penggemar barangan sukan Adidas!!!

Jualan murah barangan keluaran Adidas di Viva Expo Hall, Cheras.

Sebelum masuk kene beratur dulu ye..


Jom tengok harga bagi barang-barang yang ditawarkan. Murah tak?



Wahhh...banyaknya stok barang. Apa lagi jom ke serbu...

JOHOR: Satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai bendera daerah


Pernah tengok bendera-bendera kat atas ni?

Ianya mula diperkenalkan secara rasmi pada 3 Mac 2015.

Johor mempunyai 10 daerah pentadbiran iaitu:

  • Johor Bahru
  • Muar
  • Segamat
  • Pontian
  • Ledang
  • Kulaijaya
  • Kota Tinggi
  • Kluang
  • Mersing
  • Batu Pahat



Ini merupakan bendera daerah Muar. Kalau balik Muar selalu nampak bendera ni di gantung di kedai-kedai. Mula-mula dulu pelik jugak tengok bendera ni. Rupa-rupanya bendera daerah Muar.





Wednesday, 27 May 2015

Revolusi Internet TV di Malaysia: iFlix - Hanya RM8/sebulan


Pernah dengar pasal perkhidmatan Netflix yang berasal dari USA?
Jika dulu, ramai yang melanggan perkhidmatan Internet TV yang bersasal dari USA ni, tapi sekarang dah ada iFlix yang diasaskan di Malaysia.

iFlix Malaysia diketuai oleh CEO Azran Osman Rani, bekas CEO Air Asia X.


Buat permulaan iFlix mempunyai 10, 000 jam kandungan penyiaran terdiri dari drama dan filem-filem dari Hollywood dan Asia.

Penyedia kandungan siaran iFlix terdiri daripada BCC Worldwide (BBC), Warner Bros. International (WB) and Twentieth Century Fox (FOX) Fox.



Buat permulaan iFlix menawarkan bayaran hanya serendah RM8/sebulan.

Saya dah cuba dan apa yang menarik anda tak perlu ada interner kelajuan tinggi untuk stream video tersebut. Guna 3G pun dah ok. Tiada lagging dan apa yang menarik kualiti video akan berubah dari low resolution kepada high resolution sehingga 1080p HD kualiti bergantung  kepada kualiti kelajuan internet.

So, apa tunggu lagi? Jom try perkhidmatan iFlix ni sementara dalam tempoh percubaan.

Maklumat lanjut boleh rujuk iFlix Malaysia


Tuesday, 26 May 2015

Hotel Terbesar Di Dunia akan dibuka di Mekah pada tahun 2017



  • Dinamakan The Abraj Kudai
  • Kos pembinaan USD 3.6 billion
  • 10 000 bilik hotel
  • 70 restoran
  • 4 helipad
  • Mempunyai kemudahan stesen bas, pusat membeli belah
  • Direka oleh Dar al-Handasah Group
  • Dibiayai oleh Kementerian Kewangan Arab Saudi

Apa la nak jadi dengan Mekah ni. Dah jadi macam tempat bermewah-mewah pulak...
Sumber: The Guardian

Mitsui Outlet Park KLIA, Akan dibuka 30 Mei 2015





Satu lagi pusat membeli belah akan dibuka di kawasan selatan Lembah Klang.

Terletak berhampiran KLIA dan akan dibuka secara rasminya pada 30 Mei 2015.




Jom tengok pulak outlet-outlet yang ada di Mitsui Outlet Park KLIA







Kemudahan yang disediakan di Mitsui Outlet Park KLIA untuk pengunjung


Lepas ni sebelum/selepas ambik flight kat KLIA/KLIA2 boleh la singgah Mitsui Outlet Park KLIA.

Jom ramai-ramai pergi 30 Mei 2015 (Sabtu) ni...


10 orang terkaya di Malaysia

1. ROBERT KUOK (USD 11.3 billon), 91 tahun




Beliau mempunyai beberapa syarikat di Hong Kong, Malaysia dan Singapura. Kekayaan beliau datang dari perdagangan gula, kelapa sawit, perkapalan dan hartanah.

2. ANANDA KRISHNAN (USD 9.7 billion), 76 tahun




Bos Maxis Telecommunications. Separuh dari aset kekayaan beliau datang dari Maxis. 


3. QUEK LENG CHAN ( USD 5.6 billion), 71 tahun


Mempunyai syarikat Hong Leong Co. (Malaysia). Terlibat dalam sektor perbankan, makanan dan minyak dan gas.

4. LIM KOK THAY (USD 5.5. billion, 63 tahun)


Anak kepada Lim Goh Tong, pengasas Genting Group. Hasil kekayaan dari industri kasino di Malaysia, Singapura dan Korea Selatan.

5. TEH HONG PIOW (USD 5.4 billion, 84 tahun)


Pengasas Public Bank di Malaysia. Public Bank merupakan bank ketiga terbesar di Malaysia.

6. LEE SHIN CHENG (USD 4.6 billion, 75 tahun)


Pengasas IOI Group of Companies. Terlibat dalam industri perladangan kepala sawit dan hartanah.

7. YEOH TIONG LAY (USD 3 billion, 85 tahun)


Pengasas YTL Corporation.Hasil kekayaan dari indutri tenaga, perhotelan dan hartanah.

8. SYED MOKHTAR ALBUKHARY (USD 2.9 billion, 63 tahun)

'
Pemilik kepada syarikat MMC Corporation dan DRB Hicom. Hasil kekayaan dari sektor gula,beras, pelabuhan, perladangan, pertahanan dan janakuasa elektrik.

9. GOH PENG OOI (USD 1.55 billion, 60 tahun)


Pengasas kepada syarikat Silverlake Axis yang menyediakan perkhidmatan perisian kewangan bagi 40% bank di Asia Tenggara.

10. LEE OI HIAN & LEE HAU HIAN (USD 1.45 billion)


Merupakan anak kepada Lee Loy Seng, pengasas Batu Kawan Group.
Lee Hau Hian merupakan Pengarah Urusan Batu Kawan Group. 
Manakala Lee Oi Hian merupakan Pengarah Urusan Kuala Lumpur Kepong Group. 
Lee Soon Hian merupakan Pengarah Urusan Taiko Group.


Sumber: Forbes








Monday, 25 May 2015

Berita Baik Untuk Doktor Bumiputera!


Pada masa sekarang, bagi Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, peluang menyambung pelajaran hanya boleh diperolehi melalui program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)


So, lepas ni ada peluang lain untuk sambung belajar kalau tak dapat HLP.

Maklumat lanjut boleh rujuk ke laman web Majlis Amanah Rakyat


Sunday, 24 May 2015

Sanggup tak nak beli basikal dengan harga sebuah kereta?


Memperkenalkan basikal jenama Audi berharga RM 69 000++ dengan berat 5.8 kg je






Sesiapa yang ada duit banyak tu boleh la beli 1

Poliomyelytis: Penyakit yang boleh dicegah dengan imunisasi

Pernah tengok alat ni?






Alat ni dinamakan "Iron lung" . Ianya digunakan kepada pesakit polio yang lumpuh diafragma, iaitu otot yang bertanggungjawab dalam pernafasan. Dengan mesin ini, tekanan negatif akan dikenakan kepada paru-paru kanak-kanak malang ini agar mampu kembang dan kempis, seolah-olah bernafas seperti biasa.


Komplikasi penyakit polio yang lain






Adakah penyakit polio masih ada di dunia ni?




Kini, ini semua hanya tinggal lipatan sejarah. Dengan kemunculan vaksin polio, penyakit mengerikan ini sudah berjaya dibasmi 99.9% berbanding tahun 1988.
Hanya tinggal negara Nigeria, Pakistan dan Afghanistan yang masih ada penyakit polio di dunia ni.
WHO kini mensasarkan agar polio menuruti jejak langkah penyakit smallpox, sebuah lagi penyakit mengerikan, yang diisytiharkan eradicated (sudah terhapus sepenuhnya).
Namun, tanyalah kepada golongan antivaksin, ada mereka peduli semua ini?

Kepada ibu bapa yang anti-vaksin di luar sana, please dont be selfish!!!


Saturday, 23 May 2015

Rancangan Malaysia Ke-11: Sektor Kesihatan



Bandingkan dengan fakta dari Kementerian Kesihatan Malaysia



Ratio doktor kepada penduduk pada 2014 ialah 1 doktor: 600 orang penduduk

Jangkaan pada 2020: 1 doktor: 400 orang penduduk



Setiap tahun, seramai ~3500 orang doktor berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Agak-agak sasaran tersebut boleh tercapai tak?