Pernah tengok alat ni?
Alat ni dinamakan "Iron lung" . Ianya digunakan kepada pesakit polio yang lumpuh diafragma, iaitu otot yang bertanggungjawab dalam pernafasan. Dengan mesin ini, tekanan negatif akan dikenakan kepada paru-paru kanak-kanak malang ini agar mampu kembang dan kempis, seolah-olah bernafas seperti biasa.
Komplikasi penyakit polio yang lain
Adakah penyakit polio masih ada di dunia ni?

Kini, ini semua hanya tinggal lipatan sejarah. Dengan kemunculan vaksin polio, penyakit mengerikan ini sudah berjaya dibasmi 99.9% berbanding tahun 1988.
Hanya tinggal negara Nigeria, Pakistan dan Afghanistan yang masih ada penyakit polio di dunia ni.
WHO kini mensasarkan agar polio menuruti jejak langkah penyakit smallpox, sebuah lagi penyakit mengerikan, yang diisytiharkan eradicated (sudah terhapus sepenuhnya).
Namun, tanyalah kepada golongan antivaksin, ada mereka peduli semua ini?
Kepada ibu bapa yang anti-vaksin di luar sana, please dont be selfish!!!
No comments:
Post a Comment